Wawasan Azlinda
Rafar menjadi peniagawati
USIA muda tidak menghalang artis
serba boleh Azlinda Rafar untuk menerokai bidang mencabar dalam dunia perniagaan. Walaupun bergelar pelakon, penyanyi dan pengacara, tetapi artis berusia 19 tahun ini turut melengkapkan dirinya menjadi peniagawati. Artis berbintang Aquarius ini bukan sahaja berbakat dalam bidang seni, malah mempunyai wawasan tersendiri untuk bekalan di hari tuanya. Dalam usia masih terlalu muda, Azlinda sudah mampu merealisasikan impiannya selama ini. Semestinya hari ini, dia berbangga kerana dua buah syarikat bermodalkan sendiri yang dikongsi bersama adik-beradiknya yang lain iaitu Chempa Roll Chart Saloon dan Chempa Murni Sdn.Bhd. berjaya ditubuhkan. |
![]() |
Menurut Linda, kejayaan kakaknya, Anita Rafar dalam bidang perniagaan
banyak memberi inspirasi kepadanya. Katanya, perniagaan inilah yang akan
menjamin dirinya di waktu tua nanti. ''Bergelar anak seni perlu ada persediaan
untuk menempuh zaman kejatuhan. Tidak selamanya kita akan diminati. Linda
mahu hidup Linda di masa akan datang terus terjamin, walaupun tidak lagi
dibelenggui 'glamour' hari ini,'' katanya penuh matang.
![]() |
Ujarnya lagi, setakat ini, dia
sudahpun menjalankan perniagaan salon yang terletak di Pandan Jaya. Salon itu sudah beroperasi setahun yang lalu. Linda membuka Chempa Roll Chart Salon untu memperkembangkan lagi salon yang ada sekarang ini. Begitu juga dengan Chempa Murni Sdn. Bhd yang mengkhusus kepada bidang penerbitan. Melalui syarikat ini, Linda menerbitkan drama, filem, video korporat, video klip dan sebagainya. ''Linda berhasrat memberi peluang kepada kawan-kawan yang banyak menyokong Linda selama ini. Linda mahu ada artis Linda sendiri di bawah syarikat ini nanti,'' tegasnya. Sejak bergelar penyanyi bersama kumpulan Elite, Linda kelihatan jarang berlakon. Sebelum ini, dia telah membintangi tiga buah filem dan lebih daripada 30 buah drama. '' Selepas album Elite dipasarkan, memang Linda sibuk membuat promosi. Tetapi sewaktu berehat pada bulan puasa yang lalu, Linda banyak menerima tawaran berlakon,'' katanya. Menyentuh kumpulan Elite, dia gembira dengan pencapaian mereka dalam bidang nyanyian setakat ini. Album sulung yang berjudul Elite telah dijual hampir 50,000 unit. 'Linda berharap album kedua Elite nanti boleh mencatat jualan melebihi 100,000 unit. Kemungkinan pada bulan Ogos nanti, kami akan masuk studio untuk rakaman,'' jelasnya. |
Di petik dari Utusan Malaysia, 25 Jun 1997
Space for this web page is provided as a service to
Tripod members.
The contents of this page are the responsibility of its
creator, not Tripod, Inc. |
![]() Get your resume on the Web. |
Tripod | ScreenLife | Planet Tripod | Search Member Pages | Build Your Own Web Site! |